Viral Kejadian Kereta Melanggar & Menghalang Anggota Polis Menjalankan Tugas Semasa Pemeriksaan

Viral Kejadian Sebuah Kereta Melanggar & Tindakan Pemandu Menghalang Anggota Polis Menjalankan Tugas Semasa Pemeriksaan

 

Rujuk post awal:

https://alhadi.my/2021/03/10/video-aksi-cemas-pemandu-alza-lari-dan-rempuh-anggota-pdrm/

 

Pada 10/03/2021 @ 0304 pagi, pihak Polis IPD Kajang telah menerima laporan berhubung satu kejadian sebuah kereta melanggar anggota Polis yang sedang dalam tindakan melakukan pemeriksaan di kawasan letak kereta McDonald’s, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi . Laporan Polis ini telah dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang Untuk tindakan dan siasatan lanjut .

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Siastan awal yang dijalankan, mendapati kejadian yang dilaporkan berlaku pada 09/03/21 @ 10.30 malam apabila, sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Bandar Baru Bangi sedang melakukan rondaan dan terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan diparkir dalam keadaan enjin dihidupkan. Anggota terlibat menghampiri kereta berkenaan dan cuba membuat pemeriksaan dengan menyuluh ke dalam serta mengetuk cermin kereta tersebut yang mana terdapat 1(L) dan 1(P) yang berada di dalam kereta itu.

See also  Langgar SOP: Jemaah berselawat ketika ditahan polis

 

Sejurus pasangan tersebut mengetahui kehadiran Polis , dan telah diarahkan keluar oleh anggota yang terlibat , lelaki yang berada di dalam kereta tersebut terus memandu cuba melarikan diri dengan bertindak melanggar motorsikal serta anggota yang berada di hadapan kereta tersebut . Ekoran itu seorang anggota yang berada di hadapan kereta itu terpakasa berpaut dalam keadaan kereta bergerak dengan jarak lebih kurang 150 meter sebelum berjaya melepaskan diri.

 

Anggota yang terlibat dalam kejadian ini telah menggunakan segala usaha dan tindakan yang perlu untuk memberhentikan kereta tersebut namun suspek dalam kejadian ini terus melarikan diri ke arah Jalan Persiaran Jaya Bandar Baru Bangi.

See also  [VIDEO] Sikap Warga Asing engkar SOP amat dikesali.

 

Ekoran itu, anggota yang terlibat telah alami kecederaan ringan dan motorsikal yang ditunggang mengalami kerosakan. Walau pun suspek berjaya melarikan diri, namun anggota yang terlibat telah dapat mengecam no pendaftaran kereta suspek .

 

Bertindak daripada maklumat nombor kenderaan yang telah dicamkan, pihak Polis IPD Kajang telah berjaya melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki dan perempuan Melayu yang terlibat dalam kejadian ini. Permohonan reman ke atas kedua-dua tangkapan akan dibuat di Mahkamah Bandar Baru Bangi pada pagi ini 10/03/2021 bagi tujuan siasatan lanjut.

See also  Akibat Langgar SOP PKP

 

Kes disiasat di bawah Seksyen 186/307/332 Kanun Keseksaan.

 

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Insp Mu’az Mazlan di talian 017-9788804.

 

Terima kasih

 

Kenyataan Media KPD Kajang

10/03/2021 @ 1055 hrs

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Viral Kejadian Kereta Melanggar & Menghalang Anggota Polis Menjalankan Tugas Semasa Pemeriksaan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133168
Users Today : 1563
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20480
Users Last 30 days : 69183
Users This Month : 26893
Users This Year : 133167
Total Users : 133168
Views Today : 2495
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31838
Views Last 30 days : 108180
Views This Month : 41814
Views This Year : 204204
Total views : 204205
Who's Online : 3
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares