{ VIDEO}2 lelaki ditahan panah , bunuh kejam anjing liar

2 lelaki ditahan panah, bunuh anjing liar

 

Alor Setar: Dua lelaki yang disyaki membunuh anjing liar dengan memanah haiwan itu di Seberang Jalan Putra, di sini Khamis lalu ditahan hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Mereka ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar secara berasingan pada 4 dan 5 petang hari ini susulan laporan yang dibuat pengadu semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek pertama berusia 30-an ditahan di sebuah kelab golf di Jitra.

 

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, suspek yang menetap di rumah pangsa Seberang Terus, Mergong itu tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing terhadapnya mendapati dia bebas dari dadah.

See also  [ Video] Gajah kelaparan ceroboh kem askar Gerik

 

“Turut dirampas dua busur panah, satu tabung pengisi anak panah warna hitam dan 21 anak panah yang ditemui di rumah suspek pertama.

 

“Tangkapan dilakukan terhadap suspek kerana melakukan penganiayaan terhadap haiwan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Ahmad Shukri berkata, suspek kedua ditahan pada 5 petang di tepi jalan Kampung Hilir, Kepala Batas, dekat sini.

 

Beliau berkata, suspek berusia 20-an itu yang berasal dari Bukit Pinang itu juga didapati bebas dari dadah dan tidak mempunyai rekod lampau.

See also  Video✓✓Penduduk gempar, gajah masuk kampung

 

“Tangkapan terhadap suspek kedua juga dilakukan kerana dia terbabit dalam kes melakukan penganiayaan terhadap haiwan.

 

“Kedua-dua suspek akan diserah kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015/ Seksyen 45 Akta Binatang 1953,” katanya.

 

Media sebelum ini melaporkan, polis menerima laporan dari pengadu yang memaklumkan kejadian anjing dipanah sehingga mati di Seberang Jalan Putra seperti yang ditular di laman sosial, semalam.

 

Pengadu memaklumkan perkara selepas melihat status yang dimuat naik seorang pemilik sebuah akaun Facebook mengenai anjing liar yang mati dibunuh dengan panah di kawasan berkenaan.

See also  Pos Malaysia siasat video posmen melastik anjing hingga cedera

 

Berikutan itu, polis mengesan individu yang disyaki terbabit dalam kejadian itu sejurus laporan dibuat.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 9:33 PM

Zuliaty Zulkiffli

am@hmetro.com.my

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " { VIDEO}2 lelaki ditahan panah , bunuh kejam anjing liar " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370463
Users Today : 2226
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14644
Users Last 30 days : 65869
Users This Month : 59481
Users This Year : 370462
Total Users : 370463
Views Today : 3085
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21855
Views Last 30 days : 101465
Views This Month : 91632
Views This Year : 570698
Total views : 570699
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares