KG LUBUK PERAH, BERA, PAHANG
KERAJAAN NEGERI PAHANG PERLU CAMPUR TANGAN ISU TANAH ORANG ASLI
Saya telah mengikuti konflik tanah diantara Syarikat Sri Jengka dengan Masyarakat Orang Asli, Kg Lubuk Perah sejak konflik ini berlaku apabila syarikat pembalakan memasuki ke dalam tanah adat mereka.

Sidang media yang dibuat oleh Sri Jengka dengan peguam pada 24 Februari 2021 adalah percubaan oleh pihak pemaju untuk terus memasuki kawasan tersebut adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Saya dapat maklum bahawa penduduk Kg Lubok Perah telah membuat rayuan di atas keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh dan dalam masa yang sama juga mereka telah membuat writ saman kepada pemaju dan beberapa pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan Masyarakat Orang Asli iaitu kegagalan melaksanakan kewajipan fidusari kepada Masyarakat Orang Asli.
Tetapi pada hari ini, 23hb Mac 2021 pihak pemaju telah memasuki kawasan Kg Lubuk Perah dan memusnahkan tanaman mereka. Ini merupakan tindakan yang tidak ada perikemanusian. Kerajaan negeri juga tidak pernah berbincang dengan penduduk kampung.
Kerajaan Negeri Pahang yang memiliki 39% saham dan berkepentingan didalam Syarikat Sri Jengka harus menyelesaikan konflik ini untuk kepentingan bersama. Mereka boleh sahaja membatalkan projek ini seperti yang pernah dinyatakan oleh bekas Menteri Besar, YB Dato Sri Diraja Adnan Yaakob.
Kerajaan negeri juga boleh memindahkan ke kawasan lain yang mana negeri Pahang ini masih luas dan tanah di Kg Lubok Perah ini boleh dimajukan bersama dengan kerajaan negeri untuk pembangunan Orang Asli disitu. Sepeti yang kerajaan sedia maklum bahawa Masyarakat Orang Asli sudah beratus tahun tinggal di kawasan tersebut yang mana ia berdekatan dengan sejarah Semelai di Pahang bermula dari Kawasan Tasek Bera.
Senator Bob Manolan
Wakil Orang Asli Parlimen Malaysia
Dewan Negara
23hb Mac 2021
Pix: Emil Kadut
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " KERAJAAN NEGERI PAHANG PERLU CAMPUR TANGAN ISU TANAH ORANG ASLI " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.