Pasangan Kekasih Tergamak Ikat Anak Baru Lahir Dalam Plastik Hitam

Pasangan Kekasih Tergamak Ikat Anak Baru Lahir Dalam Plastik Hitam

Kes buang bayi yang semakin meningkat membuktikan bahawa masalah sosial berkenaan tidak pernah selesai di negara ini.

Menurutnya, suspek telah melahirkan bayi lelaki itu pada jam 12 tengah malam yang disambut oleh teman lelakinya di sebuah rumah di Kandang, sebelum individu itu bertindak memasukkan bayi yang masih hidup ke dalam kotak plastik dan dibungkus dalam plastik hitam lalu dibuang ke kawasan semak.

Malah, data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia menunjukkan setiap tiga hari, akan ada seorang bayi dibuang sama ada dijumpai mati atau hidup.

See also  Video✓✓ Bomba berjaya pujuk lelaki putus cinta cuba Bunuh Diri

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Terbaru, seorang remaja perempuan dan teman lelakinya yang berusia 18 tahun telah ditahan berhubung satu kes pembuangan bayi di kawasan semak berhampiran kilang Telok Mas pada Isnin lepas.

 

Lebih meyedihkan apabila remaja perempuan itu turut mengaku telah melahirkan bayi tersebut pada Isnin lalu hasil daripada hubungan sulit bersama teman lelakinya pada Januari tahun lepas, sebelum dia akhirnya disahkan mengandung.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka berkata, suspek telah melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 12 tengah malam dan telah disambut oleh teman lelakinya di sebuah rumah di Kandang.

 

Remaja lelaki itu kemudiannya telah bertindak untuk memasukkan bayi yang masih hidup itu ke dalam kotak plastik dan dibungkus dalam plastik hitam lalu dibuang ke kawasan semak.

See also  Bantu JKM cari ibu Hussien

 

Namun, perbuatan tidak berperikemanusiaan pasangan kekasih itu terbongkar selepas remaja perempuan itu ada menerima rawatan di Hospital Melaka disebabkan pendarahan.

 

Teman lelaki kepada wanita itu juga dikatakan telah ditahan polis di pekarangan hospital berkenaan pada jam 9 pagi Rabu.

 

Lelaki itu kemudian mengambil mayat bayi itu yang dibuang ke dalam semak dan diserahkan kepada pihak polis selepas pihak hospital membuat laporan polis.

 

Kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan pihak polis sedang mendapatkan arahan pertuduhan daripada pihak pendakwaraya. – Katanya.

See also  Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam beg plastik di hadapan sebuah rumah

 

Mayat bayi yang diserahkan kepada pihak polis.

 

Kes telah disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan membunuh yang boleh dijatuhkan hukuman mati.

 

Kredit: Sinar

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pasangan Kekasih Tergamak Ikat Anak Baru Lahir Dalam Plastik Hitam " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155715
Users Today : 505
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24110
Users Last 30 days : 79539
Users This Month : 49440
Users This Year : 155714
Total Users : 155715
Views Today : 840
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36352
Views Last 30 days : 122394
Views This Month : 75671
Views This Year : 238061
Total views : 238062
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares