TUDM mengesan pencerobohan 16 buah pesawat Angkatan Udara China

KENYATAAN MEDIA PANGLIMA TENTERA UDARA BERKENAAN PENGESANAN PENERBANGAN MENCURIGAKAN 16 BUAH PESAWAT TENTERA UDARA REPUBLIK RAKYAT CHINA/ PEOPLE’S LIBERATION ARMY- AIR FORCE (PLAAF) MEMASUKI RUANG UDARA ZON MARITIM MALAYSIA (ZMM), KOTA KINABALU FLIGHT INFORMATION REGION (FIR) DAN MENGHAMPIRI RUANG UDARA NASIONAL PADA 31 MEI 2021

 

TUDM telah mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China/ People’s Liberation Army- Air Force (PLAAF) memasuki ruang udara ZMM, Kota Kinabalu FIR dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 1153H.

Pesawat- pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain. Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar. Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara.

See also  Kemusnahan Habitat menyebabkan Beruang Berkeliaran di Paya Pulai Temerloh

 

Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR sebelum memasuki ruang udara ZMM, KK FIR dan seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam KEDAULATAN NEGARA.

Pihak TUDM telah meletakkan pesawat Hawk 208 daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan di dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM.

See also  Ibu tunggal bimbang anak ketinggalan PdPR

 

Pemantauan menerusi radar pertahanan udara diteruskan ke atas pesawat-pesawat tersebut disamping beberapa percubaan untuk mengarahkan mereka menghubungi kawalan trafik udara KK FIR.

 

Apabila arahan tidak dipatuhi dan didapati melangkaui persempadanan KK FIR menghala ke ruang udara nasional, TUDM telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas pada jam 1333H untuk melakukan identifikasi visual.

 

Hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan, TUDM telah mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis Ilyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20.

 

Pesawat-pesawat jenis ini merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi.

 

Insiden ini merupakan perkara yang serius terhadap ancaman KEDAULATAN NEGARA dan KESELAMATAN PENERBANGAN berdasarkan kepadatan trafik udara di dalam laluan penerbangan (Airways) di dalam KK FIR.

See also  Ayah negatif Covid-19, 2 hari tunggu anak tak datang jemput akhirnya meninggal dunia.

Insiden ini telah dikendalikan oleh TUDM khasnya dan ATM amnya berlandaskan undang-undang dan peraturan penerbangan antarabangsa International Civil Aviation Organization (ICAO) serta Strategi Pertahanan Udara Nasional (SPUN).

 

Kementerian Luar Negeri telah mengambil maklum tentang perkara ini melalui Kementerian Pertahanan.

 

KUALA LUMPUR

1 JUN 2021

5.45 Petang

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " TUDM mengesan pencerobohan 16 buah pesawat Angkatan Udara China " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156035
Users Today : 825
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24430
Users Last 30 days : 79859
Users This Month : 49760
Users This Year : 156034
Total Users : 156035
Views Today : 1409
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36921
Views Last 30 days : 122963
Views This Month : 76240
Views This Year : 238630
Total views : 238631
Who's Online : 3
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares