Asal jadi duit, Bangla jual borang PALSU rentas negeri diberkas

Lelaki Bangladesh jual borang rentas negeri palsu berharga RM30

 

IPOH – Lima lelaki warga Indonesia ditahan di sekatan jalan raya di Plaza Tol Ipoh Selatan arah utara di sini, pada Isnin kerana mengemukakan borang rentas negeri palsu yang dibeli dengan harga RM30.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek berusia 24 hingga 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.45 malam dalam satu pemeriksaan melibatkan sebuah bas persiaran.

 

“Pemeriksaan mendapati lima suspek itu memiliki borang rentas negeri palsu serta tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah.

See also  Helah guna borang rentas negeri palsu gagal

 

“Mereka dalam perjalanan dari Sungai Rengit, Johor untuk ke Kedah atas alasan kerja. Mereka mendedahkan memperoleh surat itu daripada rakannya di Johor,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pada Jumaat.

 

Menurutnya, berdasarkan maklumat itu Polis Daerah Kota Tinggi, Johor berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun.

“Suspek disyaki membuat salinan borang rentas negeri palsu ini dan menjual kepada rakan-rakan warga asing lain.

See also  [Video]Sukahati dia tendang gelandangan

 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 22(d) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1993 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1953/63,” katanya.

 

Pada masa sama, A Asmadi berkata, sebanyak 369 kompaun dikeluarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Hulu Kinta sejak 22 Mei lalu.

 

“Ia melibatkan 333 individu, 21 premis dan 15 di sekatan jalan raya.

 

“Kes-kes jenayah juga menurun sebanyak 24 peratus berbanding dua minggu sebelum PKPD. Kebanyakan kes yang menurun adalah kes jenayah curi kenderaan dan gaduh,” katanya.

See also  Sijil digital vaksin palsu mula dijual

 

▶️Sinar Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Asal jadi duit, Bangla jual borang PALSU rentas negeri diberkas " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156038
Users Today : 828
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24433
Users Last 30 days : 79862
Users This Month : 49763
Users This Year : 156037
Total Users : 156038
Views Today : 1422
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36934
Views Last 30 days : 122976
Views This Month : 76253
Views This Year : 238643
Total views : 238644
Who's Online : 4
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares