Rohingya mendarat di Acheh: APMM ketatkan kawalan perairan negara

Rohingya mendarat di Acheh: APMM ketatkan kawalan perairan negara

Kuala Lumpur: Seramai 81 etnik Rohingya yang mendarat di pesisir pantai Kuala Simpang Ulim, Simpang Ulim, Acheh Timur, Indonesia kelmarin dipercayai pelarian sama yang diselamatkan pengawal pantai India di Laut Andaman, Februari lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sumber memberitahu Harian Metro, pelarian berkenaan diberi makan dan minum serta dijaga kebajikan mereka sebelum dilepaskan menggunakan kapal jenis feri.

 

“Kumpulan pelarian itu dipercayai hilang arah sebelum ditemui nelayan tempatan Acheh Timur dan mendarat di kawasan berkenaan.

See also  Ops pluto timur: bot nelayan vietnam rompak gamat ditahan

 

“Berdasarkan maklumat diterima juga, kumpulan itu dipercayai tidak melalui perairan Malaysia dan terus ke Acheh Timur bagi mencari daratan,” katanya.

 

Menurutnya, kapal pelarian Rohingya tidak masuk ke perairan Malaysia memandangkan tiada sebarang pertemuan berlaku antara pihak berkuasa Malaysia dengan mereka.

 

“Cuma tidak dapat dipastikan sama ada benar terdapat ‘motherboat’ di kawasan sempadan perairan negara jiran atau tidak.

 

“Berdasarkan maklumat dan penampilan pelarian berkenaan, kemungkinan mereka tidak berada lama di laut dan mempunyai bekalan makanan yang mencukupi,”katanya.

See also  Rakaman Aksi Peminta Sadaqah Rohingya

 

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meningkatkan kesiagaan dengan mengatur gerak aset-aset maritim berdekatan perairan antarabangsa serta pemantauan radar dan aset udara bagi mengesan sebarang pergerakan bot-bot yang mencurigakan.

 

“APMM akan meningkatkan kawalan dan memberi lebih tumpuan kepada mana-mana bot yang dilihat mencurigakan serta pemeriksaan yang lebih terhadap bot-bot nelayan tempatan.

 

“Aset helikopter AW 139 sudah berada di Pulau Langkawi sejak semalam dan akan beroperasi dari sana untuk beberapa hari bagi tujuan pengawasan lebih ketat terutama pengawasan pada waktu malam,” katanya.

See also  Tiga Nelayan Vietnam Cedera Terkena Serpihan Tembakan Selepas Cuba Serang Anggota APMM
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Rohingya mendarat di Acheh: APMM ketatkan kawalan perairan negara " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133174
Users Today : 1569
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20486
Users Last 30 days : 69189
Users This Month : 26899
Users This Year : 133173
Total Users : 133174
Views Today : 2505
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31848
Views Last 30 days : 108190
Views This Month : 41824
Views This Year : 204214
Total views : 204215
Who's Online : 4
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares