Kibar bendera putih demi isteri dan anak

Kibar bendera putih demi isteri dan anak

Johor Bahru: “Saya tidak tahu sama ada tindakan kibar bendera putih ini betul atau tidak, tapi saya lakukannya demi anak dan isteri kerana kami terputus bekalan makanan,” kata Zulkiflie Samsudin, 39, dari Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai di sini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Zulkiflie berkata, dia yang bekerja sendiri sebagai juru kimpal kehilangan hampir separuh punca pendapatan bulanan sepanjang pandemik Covid-19 untuk menyara isteri, Nur Aqeela Atika Mohd Dali, 29 serta anak perempuannya yang berstatus orang kurang upaya (OKU), Putri Nur Zahirah, 9 dan anak lelakinya, Muhammad Putra Riqzi Zilhelmi berusia setahun.

 

Menurutnya, dia bukan sahaja tidak mampu lagi membayar sewa rumah dan ansuran kereta, malah turut tidak mampu membeli susu dan lampin pakai buang anak lelakinya itu.

See also  Peraturan cap jari wajar dikaji permudahkan terutama untuk OKU serta Pesakit terlantar

 

“Saya sedih kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sebaik mungkin kerana masalah kewangan dan keadaan saya bertambah buruk sejak awal tahun ini. Apatah lagi isteri sedang hamil enam bulan.

 

“Saya kibarkan bendera petang semalam selepas melihat ada kempen di media sosial dan Alhamdullilah bantuan diterima mencurah-curah hingga mampu menampung keperluan keluarga selama beberapa bulan.

 

“Malah ada juga warganet yang sanggup melangsaikan sewa rumah yang tertunggak selama sebulan berjumlah RM800 selain bayaran ansuran kereta selama tiga bulan bernilai keseluruhan RM1,200,” katanya.

 

Zulkiflie berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya selepas memasang bendera putih di hadapan rumahnya.

See also  Sumbangan membantu keluarga Anggota PDRM mengidap kanser

 

“Buat masa ini barangan keperluan kami sudah mencukupi dan begitu juga dengan sumber kewangan.

 

“Saya amat bersyukur atas bantuan diterima dan hanya Allah mampu membalas jasa baik semua penderma,” katanya ketika ditemui hari ini.

 

Terdahulu wujud kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah bagi orang ramai yang berdepan dengan situasi terputus bekalan makanan di media sosial sejak semalam.

 

Kempen yang disambut baik pengguna media sosial itu bermatlamat memberi isyarat kepada pihak tertentu mahupun orang sekeliling mengenal pasti individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan dapat dibantu dengan segera.

See also  Kasut baharu buat 'Uncle'

 

Ia juga diharapkan dapat membantu lebih ramai yang memerlukan apa-apa bantuan namun malu menyatakannya secara terbuka.

 

Semua Kerajaan Negeri juga disarankan supaya bergerak lebih aktif menyediakan lebih banyak pusat pusat agihan bekalan makanan disetiap daerah bagi kemudahan rakyat yang terkesan keputusan bekalan makanan ekoran kehabisan duit belanja.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kibar bendera putih demi isteri dan anak " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

377960
Users Today : 1555
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16099
Users Last 30 days : 61350
Users This Month : 4964
Users This Year : 377959
Total Users : 377960
Views Today : 2085
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 23962
Views Last 30 days : 94214
Views This Month : 7250
Views This Year : 581944
Total views : 581945
Who's Online : 13
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares