7 beranak berhimpit tidur dalam kereta 

7 beranak berhimpit tidur dalam kereta

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Larut: Tujuh beranak yang ditemui di Taman Mawar Lestari, Selama di sini, terpaksa menjalani kehidupan ala nomad dengan bermalam dan berhimpit dalam Proton Wira sepanjang tiga hari.

 

Saliza Samat, 38, serta suami, Mohd Hazrul Haris, 43, menjadikan kereta berkenaan sebagai tempat tinggal sementara bersama lima anak mereka berusia dua tahun hingga 15 tahun.

 

Saliza berkata, keadaan lebih sukar apabila Mohd Hazrul yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori tidak bekerja sejak dua tahun lalu berikutan kecacatan fizikal dan mental dialami manakala dia pula hanya suri rumah.

See also  Murninya Hati, Remaja OKU Tiada Jari Di Tangan Sanggup Jadi Sukarelawan Urus Mayat Pesakit COVID-19

 

Katanya, semuanya bermula apabila mereka sekeluarga yang sebelum ini menetap di Kuala Selangor, Selangor nekad berhijrah ke kampung halaman Mohd Hazrul di Ulu Mengkuang di sini, sejak setahun lalu.

 

“Namun kami kemudiannya keluar daripada rumah keluarga demi kebaikan semua.

 

“Kami keluar dari rumah itu Khamis lalu. Sejak itu, kami tujuh beranak bermalam dalam kereta selain menjadikan sungai serta stesen minyak sebagai lokasi untuk kami mandi, solat dan sebagainya,” katanya.

 

Katanya, dia dan suami sedih dengan keadaan yang perlu dilalui anak-anak namun mereka tiada pilihan.

See also  Video✓✓Pengasuh Ditahan Disyaki Dera Kanak-kanak Autisme – Polis

 

“Kami sedih mengenangkan nasib ini yang turut perlu dilalui anak-anak, syukur kerana anak faham.

 

“Syukur juga kerana ada pihak yang prihatin dengan keadaan kami datang menghulurkan bantuan dengan menyediakan tempat berteduh sementara hingga hari ini,” katanya.

 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta Muhammad Arafat Varisai Mahamad berkata, pihaknya menghulurkan bantuan dengan membenarkan keluarga itu berteduh sementara di Pejabat PKR Selama.

 

Katanya, pihaknya mendapatkan rumah sewa yang akan dihuni keluarga itu bermula hari ini dengan bayaran sewa RM500 sebulan yang dibayarkan pihaknya selama tiga bulan.

See also  Dari jurutera ke premis cuci kereta

 

Pada masa sama, menurutnya, pihaknya turut mendapatkan barangan keperluan rumah dan dapur buat tujuh beranak itu.

 

Sumber Metro.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 7 beranak berhimpit tidur dalam kereta  " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

371928
Users Today : 543
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15240
Users Last 30 days : 64363
Users This Month : 60946
Users This Year : 371927
Total Users : 371928
Views Today : 818
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22844
Views Last 30 days : 99170
Views This Month : 93956
Views This Year : 573022
Total views : 573023
Who's Online : 8
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares