Lelaki dakwa diri kebal bisa maut dipatuk ular tedung

Lelaki dakwa diri kebal bisa maut dipatuk ular tedung

Oleh KOSMO!

15 Julai 2021, 5:00 pm

 

MANILA – Seorang lelaki Filipina yang mendakwa dirinya kebal daripada bisa ular dmaut selepas lidahnya dipatuk seekor ular tedung semasa cuba mencium reptilia berbisa itu, lapor akhbar The Sun semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Bernardo Alvarez, 62, yang digelar Lelaki Ular, menangkap spesies Ular Tedung Filipina Udara yang sangat berbisa di sebuah rumah penduduk di Pekan Mangaldan, wilayah Pangasinan pada 9 Julai lalu.

See also  [BERITA SEDIH: AWANG RASAU DAH TIADA]

 

Menurut laporan, penduduk pada mulanya bersorak apabila Alvarez berjaya menangkap ular itu namun situasi bertukar ngeri sekelip mata.

 

Mangsa cuba melakukan aksi mencium reptilia itu dengan meletakkan mulutnya terlalu dekat sebelum ular menggigit hujung lidahnya.

 

Ular tedung tersebut yang dikenali sebagai antara ulang paling berbisa di dunia.

 

Mangsa yang terkejut dengan serangan pantas ular itu menjerit kesakitan, rebah dan menggelupur di atas tanah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

See also  Penoreh getah maut dihentak anak saudara

 

“‘Bisa ular boleh menyebabkan lumpuh seperti yang berlaku pada Alvarev.

 

“Apabila sistem badan lumpuh, ia akan menyebabkan mangsa tidak dapat bernafas , airan oksigen dalam badan terjejas dan akhirnya degupan jantung terhenti,” kata pegawai kesihatan tempatan, Dr. Anna de Guzman.

 

Pasukan perubatan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian dan cuba memberi bantuan pernafasan tetapi mangsa sudah tidak lagi responsif dan tubuhnya sudah kaku akibat kesan bisa itu.

 

“Mereka tidak berjaya menyelamatkannya kerana bisa terlalu kuat. Kami tidak tahu bagaimana untuk menerima kehilangannya,” kata seorang ahli keluarga Alvrez, Teresa Oca. – Agensi

See also  Pejalan kaki maut terpelanting atas bumbung kereta
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki dakwa diri kebal bisa maut dipatuk ular tedung " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376140
Users Today : 1674
Users Yesterday : 1470
Users Last 7 days : 16240
Users Last 30 days : 61629
Users This Month : 3144
Users This Year : 376139
Total Users : 376140
Views Today : 2493
Views Yesterday : 2277
Views Last 7 days : 24494
Views Last 30 days : 95123
Views This Month : 4770
Views This Year : 579464
Total views : 579465
Who's Online : 8
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-02
0Shares