Warga Asing Sorok gelang merah jambu guna kertas A4

Warga Asing Sorok gelang merah jambu guna kertas A4

 

15 Julai 2021

 

PETALING JAYA – Dua lelaki warga asing yang dipercayai memakai gelang merah jambu dikesan ‘merayap’ di sebuah kawasan perumahan sebelum tindakan mereka itu disedari seorang lelaki yang bertindak mengarahkan kedua-dua balik ke rumah.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menerusi satu perkongsian di Facebook Koleksi Viral, sebuah klip video berdurasi 43 saat itu memaparkan dua lelaki sedang berjalan di kawasan perumahan dan menutup bahagian lengan mereka menggunakan kertas A4.

Tindakan dua lelaki itu bagaimanapun disedari seorang lelaki yang kemudian meminta mereka menunjukkan lengan yang terlindung dengan kertas putih itu. Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi dan bila video itu dirakam.

See also  VIDEO✓✓Sindiket Ah Long Bangladesh tumpas

 

Tinjauan Kosmo! di laman Facebook mendapati, rata-rata pengguna media sosial memberi komen bercampur-baur berhubung insiden tersebut.

“Sememangnya tidak perlu dipertikaikan, bila memakai gelang pink memang orang itu kena kuarantin dan tidak boleh keluar kesana kesini.

“Bila tidak faham atau buat-buat tidak faham disebabkan itu kes masih tidak okay malah bertambah naik, kenapa susah sangat hendak faham,” tulis Selbiah Mahamud.

See also  Lebam mata ditumbuk warga asing,tegur tak pakai pelitup muka

Pengguna Facebook Lily Yus berkata, sepatutnya ada orang menolong mereka membeli barang keperluan untuk mereka jika itu niat mereka keluar.

“Tempat kerja saya, sejak dari awal negara dilanda Covid-19 semua pekerja warga asing dilarang keras keluar dari kawasan kilang, dan pekerja-pekerja tempatan akan membantu mereka membeli barang keperluan seminggu sekali tidak kira orang tempatan atau asing sama je terkesan,” katanya.

Sementara itu Mohd. Amin berkata, lelaki yang memarahi itu sepatutnya menolong warga asing tersebut.

See also  [VIDEO] Pekerja kilang warga asing mogok ‘dikurung’ akibat Covid-19

“Mereka lapar memerlukan makanan, sepatutnya kamu membantu, kamukan umat Rasulullah, apakah kenikmatan yang kamu dustai, amalan kamu yang akan diadili,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Warga Asing Sorok gelang merah jambu guna kertas A4 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

371981
Users Today : 596
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15293
Users Last 30 days : 64416
Users This Month : 60999
Users This Year : 371980
Total Users : 371981
Views Today : 902
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22928
Views Last 30 days : 99254
Views This Month : 94040
Views This Year : 573106
Total views : 573107
Who's Online : 7
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares