VIDEO Hari ini 31 Ogos 1957 64 tahun yang lalu, Stadium Merdeka dirasmikan. 

Hari ini 31 Ogos 1957 64 tahun yang lalu, Stadium Merdeka dirasmikan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

­

Mampu menampung maksimum 22,000 penonton, Stadium Merdeka menjadi stadium terbesar di Asia Tenggara dengan tiang lampu limpah tertinggi di dunia, juga bumbung cengkerang kantilevernya yang terbesar di dunia pada ketika itu. 

31 Ogos 2021

Sejak dekad 1930-an, gesaan supaya satu stadium bola sepak profesional sudah dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Namun ia tidak dipedulikan oleh pentadbiran kerana sudah ada sebuah stadium di Jalan Ampang.

 

Selepas Perang Dunia Kedua, stadium Jalan Ampang itu tidak boleh digunakan lagi. Apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden FAS & juga Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) pada 1951, usaha mewujudkan stadium kelas pertama itu dipertingkatkan.

See also  10 Agensi Kerajaan cemerlang 100%

 

Pembinaan stadium dimulakan pada 25 September 1956 dengan reka cipta oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya ketika itu, Stanley Jewkes, seorang arkitek & jurutera Amerika. Batu asasnya diletakkan oleh Tunku pada 15 Februari 1957.

 

Penetapan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh rasmi kemerdekaan Tanah Melayu daripada British telah mempercepatkan pembinaannya untuk dijadikan tempat pengisytiharan. Akhirnya pada 21 Ogos, Stadium Merdeka siap dibina dengan kos sekitar RM2.3 juta.

See also  Bahagian -3 Peristiwa berdarah 23 Februari 1950 serangan Komunis keatas Balai Polis Kepong

 

Mampu menampung maksimum 22,000 penonton, Stadium Merdeka menjadi stadium terbesar di Asia Tenggara dengan tiang lampu limpah tertinggi di dunia, juga bumbung cengkerang kantilevernya yang terbesar di dunia pada ketika itu.

 

Ia dirasmikan pada 30 Ogos oleh Tunku dalam satu majlis gilang gemilang disaksikan lebih 15,000 penonton. Persembahan oleh 1,000 pelajar diiringi Pancaragam Askar Melayu Diraja menjadi prelude kepada acara kemuncak keesokan harinya.

See also  Sekolah kanak-kanak nakal pertama negara dibuka

 

Pada 31 Ogos 1957, Stadium Merdeka menjadi saksi detik bersejarah apabila Tunku melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali, mengisytiharkan proklamasi kemerdekaan negara.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO Hari ini 31 Ogos 1957 64 tahun yang lalu, Stadium Merdeka dirasmikan.  " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139621
Users Today : 797
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21750
Users Last 30 days : 74277
Users This Month : 33346
Users This Year : 139620
Total Users : 139621
Views Today : 1090
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33738
Views Last 30 days : 114905
Views This Month : 51480
Views This Year : 213870
Total views : 213871
Who's Online : 38
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares