TUDM bakal ganti pesawat C-130 Hercules

TUDM bakal ganti pesawat C-130 Hercules

 

PUTRAJAYA: Pesawat pengangkut C-130 Hercules yang digunakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak sekian lama bakal digantikan dengan model sama tetapi versi baharu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Antara calon terkuat dijangka mengambil alih khidmat pengangkut taktikal itu ialah C-130J Super Hercules dikeluarkan oleh firma sedia ada, Lockheed Martin di Amerika Syarikat (AS).

 

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, ini berikutan secara kebetulan sebahagian besar alat komponen dan gantinya itu adalah serupa dengan C-130 Hercules.

 

“Bagaimanapun, adalah terlalu awal untuk memuktamadkan jenis pesawat pada ketika ini,” katanya kepada sebuah majalah pertahanan antarabangsa menerusi keluaran terbaharunya.

 

TUDM antara yang pasukan paling awal di dunia yang memiliki pesawat C-130 Hercules selepas negara mencapai kemerdekaan dan kini ada 2,500 buah beroperasi di lebih 50 negara.

See also  Akhirnya 11 Bonggol i-Sinar diratakan atas arahan Polis

 

Sepuluh buah pesawat tersebut digunakan TUDM, yang masing-masing ditempatkan di Skuadron 20, Pangkalan Udara Subang, Selangor serta Skuadron 14, Pangkalan Udara Labuan.

 

Mengulas lanjut, beliau menjangkakan penggantian platform mobiliti udara dijadualkan dapat dibuat Kementerian Pertahanan ketika Rancangan Malaysia Ke-16 pada 2041 hingga 2045.

 

Justeru ujar beliau, program naik taraf avionik akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan tahap keupayaan C-130 Hercules supaya pesawat itu mampu beroperasi sehingga tahun 2040.

 

“Buat masa ini, pihak TUDM sedang berusaha demi memastikan semua pesawat pengangkut masih lagi sentiasa relevan dan terkini dengan keperluan serta taktik semasa,” jelas Ackbal.

See also  Video✓✓Warga asing pandu lawan arus hampir bertembung dengan kereta grab

 

Versi baharu itu sudah mula dikeluarkan pada 1996 lalu, malah pada waktu ini, sejumlah 450 buah pesawat berkenaan telah pun digunakan di 22 negara dengan 14 varian yang berbeza.

 

Dalam pada itu, beliau mengesahkan empat buah pesawat pengangkut dan penangki minyak di udara, Airbus A400M, akan boleh melaksanakan operasi pengisian minyak ketika terbang.

 

Siri latihan melibatkan 18 buah jet tempur Sukhoi Su-30MKM di Laut China Selatan sebelum ini telah membuktikan keupayaan sebenar pesawat keluaran Airbus Defense and Space itu.

 

Malaysia merupakan negara pertama di Asia memiliki pesawat itu pada 2015 lalu yang ketika ini hanya digunakan lapan negara dengan sejumlah 176 buah beroperasi di seluruh dunia.

See also  Amuk: Empat anggota TUDM maut ditembak

 

“Kita jangka apabila selesai program naik taraf di fasiliti Airbus di Seville, Sepanyol, pesawat ini akan boleh melakukan pengisian di udara secara optimum bermula tahun depan,” katanya.

 

Sehubungan itu ujar Ackbal, operasi pesawat pejuang TUDM dapat terbang lebih jauh dalam tempoh masa lebih lama di udara, selain A400M berkemampuan mengisi muatan saiz besar. -UTUSAN ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " TUDM bakal ganti pesawat C-130 Hercules " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124387
Users Today : 3810
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22059
Users Last 30 days : 69732
Users This Month : 18112
Users This Year : 124386
Total Users : 124387
Views Today : 5734
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33513
Views Last 30 days : 108217
Views This Month : 27626
Views This Year : 190016
Total views : 190017
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares