Lelaki mabuk pandu lawan arus di Kerinchi Link ditahan

Lelaki mabuk pandu lawan arus di Kerinchi Link ditahan

Suspek yang berusia 33 tahun dibawa ke Balai Polis Tun H.S Lee bersama kenderaannya untuk siasatan lanjut

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh alkohol ditahan kerana memandu secara melawan arus di kilometer 6.5 Kerinchi Link dari arah Plaza Tol A ke Plaza Tol B di sini pada awal pagi Sabtu.

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan oleh polis bantuan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)-Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) sekitar jam 1.15 pagi.

See also  ✔️Video Rempuh kenderaan Agresif Serang Bomba

 

“Suspek memandu sebuah kenderaan jenis Proton Saga berwarna emas secara melawan arus dari arah Plaza Tol A ke Plaza Tol B dengan jarak sejauh kira-kira 50 meter.

 

“Suspek disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol. Anggota polis yang melakukan tugas rondaan kawasan tanggung jawab di Lebuhraya LDP-Sprint telah membawa suspek dan kenderaannya ke Balai Polis Jalan Tun H.S Lee,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

See also  Carut polis kerana lewat ke kelas

 

Sarifudin berkata, keputusan ujian pernafasan atau Evidential Breath Analyzer (EBA) terhadap suspek menunjukkan terdapat sebanyak 254 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah.

 

Tambahnya, suspek ditahan di bawah Seksyen 28A Kanun Tatacara Jenayah.

 

“Kita buka siasatan di bawah Seksyen 45(a) dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

See also  Polis siasat ✓✓Video✓✓ ritual tolak bala
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki mabuk pandu lawan arus di Kerinchi Link ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376459
Users Today : 54
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16559
Users Last 30 days : 61948
Users This Month : 3463
Users This Year : 376458
Total Users : 376459
Views Today : 62
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24951
Views Last 30 days : 95580
Views This Month : 5227
Views This Year : 579921
Total views : 579922
Who's Online : 11
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-03
0Shares