Masalah rumah tangga punca askar mengamuk tembak diri sendiri
Kuching: Masalah hubungan dengan isteri dikenal pasti punca seorang anggota tentera mengamuk dan menembak diri sendiri, di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah, Jalan Matang.


Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, suspek berusia 28 tahun itu datang ke rumah keluarga isterinya untuk berbincang masalah dihadapinya.
Beliau berkata, ketika berbincang dengan isterinya, suspek tiba-tiba marah dan mencapai senjata api Colt M4 Carbine yang disimpan di kereta.
“Suspek kemudian terus melepaskan beberapa das tembakan di bahagian ruang tamu dan dapur di dalam rumah itu.
Tembakan itu turut mengena bahu kiri ibu mertuanya.
Abang Zainal Abidin berkata, Anggota tentera itu kemudian bergegas ke bahagian anjung rumah dan terus menembak di bahagian dagu.
Tembakan berkenaan menyebabkan beliau rebah serta merta.
Menurutnya, difahamkan anggota tentera dari kem tentera di Tondong, Bau dan ketika kejadian dia masih bertugas memantau pematuhan SOP Covid-19 bagi daerah Bau.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Masalah rumah tangga punca askar mengamuk tembak diri sendiri " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.