Alasan Pekebun tidak tahu kebun mereka termasuk dalam zon hutan simpan sangat tidak masuk akal

Alasan Pekebun tidak tahu kebun mereka termasuk dalam zon hutan simpan sangat tidak masuk akal.

 

15/10/2021

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

GUA MUSANG:

 

Hutan simpan ialah kawasan pengekalan habitat untuk hidupan liar dikawal dari sebarang aktiviti manusia.

Tindakan menceroboh hutan simpan menyebabkan habitat haiwan liar terganggu dan seterusnya haiwan berkenaan mula memberi ancaman kepada kawasan perkampungan pula.

 

Diberitakan lebih kurang 30 pengusaha kebun durian Musang King dan getah seluas 90 hektar di Kampung Pulai,  telah diarah Jabatan Perhutanan Kelantan mengosongkan kawasan tanaman setelah 25 tahun mengusahakannya tanpa kebenaran.

 

Notis pengosongan bertarikh 30 September 2021 oleh Jabatan Perhutanan Kelantan, menyatakan para pekebun berkenaan telah meneroka Hutan Simpan Ulu Galas secara haram dan dikehendaki mengosongkannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat berkenaan.

See also  Video@Rasa gah semacam jadi marsyal agaknya boleh tunjuk hebat kepada orang ramai

Alasan mereka tidak mengetahui bahawa tanah yang diterokai itu sebahagian dari hutan simpan tidak masuk akal.

 

Sewajarnya sebelum memulakan sebarang aktiviti penerokaan tanah, menjadi tanggungjawab untuk merujuk kepada Pejabat Tanah Dan Galian bagi memperolehi status tanah.

 

Langkah ini penting untuk mengelak dari terjebak dengan masalah dikemudian hari.

 

Tuntutan pihak pekebun untuk berbincang membongkar niat asal mereka bukan tidak mengetahui status tanah tetapi berniat untuk meneroka secara haram, dan membuat tuntutan dari kerajaan sekiranya berlaku pertikaian dikemudian hari.

 

Katanya, mereka berharap dapat bertemu pihak kerajaan negeri Kelantan untuk berunding dan mencari jalan supaya kebun yang diusahakan sejak sekian lama dapat sekurang-kurangnya dikekalkan.

See also  Perkataan Puan jadi 'trending' akibat teguran doktor

 

Tular dalam media keluasan penerokaan haram kawasan hutan simpan Ulu Galas sehingga 90 hektar pastinya mengganggu ekosistem habitat haiwan liar dalam kawasan berkenaan.

 

Tidak hairanlah mutakhir ini begitu kerap berlaku kes kes Haiwan liar harimau, gajah dan beruang mula menceroboh kawasan perkampungan manusia kerana habitat asal mereka telah dimusnahkan oleh aktiviti penerokaan haram.

 

Difahamkan, luas keseluruhan kawasan tanah yang diterokai kumpulan pekebun itu untuk ditanam pokok durian Musang King dan getah lebih kurang 200 hektar, namun, hanya 90 hektar termasuk dalam Hutan Simpan Ulu Galas.

See also  Di Mexico bukan di Rembau

 

Jumlah keseluruhan luas penerokaan haram dianggarkan 200 hektar sudah pasti memberi pulangan besar kepada peneroka haram berkenaan.

 

Kerajaan mesti menegakkan undang-undang supaya aktiviti teroka tanah secara haram dapat dihentikan.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Alasan Pekebun tidak tahu kebun mereka termasuk dalam zon hutan simpan sangat tidak masuk akal " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124537
Users Today : 3960
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22209
Users Last 30 days : 69882
Users This Month : 18262
Users This Year : 124536
Total Users : 124537
Views Today : 5989
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33768
Views Last 30 days : 108472
Views This Month : 27881
Views This Year : 190271
Total views : 190272
Who's Online : 23
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares