Innalillahi wainna Ilaihira ji’un
Sebuah pesawat Hawk 108 TUDM terhempas di Pengkalan TUDM Butterworth semasa dalam sesi latihan sekitar 10 malam 16/11/2021


Seorang juruterbang Kapten Mohamad Affendi Bustamy meninggal dunia manakala seorang rakan lagi Mejar Mohd Fareez Omar mengalami kecederaan sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya.
Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia manakala Mejar Mohd Fareez Omar mengalami kecederan berada dalam keadaan selamat dan stabil kini sedang diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya.
Satu kenyataan dari Markas TUDM mengesahkan kejadian berkenaan.
Sejak pesawat ini memulakan perkhidmatan dalam TUDM pada tahun 1996 seramai 8 juruterbang telah Malaysia telah maut akibat terhempas.
Hari ini sebuah pesawat Hawk 108 terhempas di Butterworth dan kita kehilangan seorang juruterbang lagi.
Pesawat Hawk 108 ini sudah terlalu usang. Langkah menggantikan pesawat usang hendaklah diambil secara serius. Kita tidak mampu berterusan menggunakan pesawat usang menjaga kedaulatan negara ini.
Benar kos tinggi pembelian pesawat baru merupakan halangan utama namun usaha mencari dana mencukupi mesti digerakkan. Tidak boleh sekadar berpeluk tubuh sahaja.
Takziah untuk keluarga juruterbang TUDM kita.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Pesawat Usang Hawk 108 terhempas dalam latihan seorang mati " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.