Mengikut maklumat daripada Ketua Pengarah PERHILITAN Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, konflik tercetus angkara manusia seperti pemasangan jerat, terkejut ataupun melindungi anak menjadi punca harimau kumbang menyerang manusia dengan kejam.
Dalam keadaan biasa, haiwan ini biasanya melarikan diri apabila bertembung dengan manusia.

Dalam kejadian di kampung Lasah Perak seorang remaja orang asli cedera koyak di kepala dan beberapa bahagian badan akibat daripada serangan haiwan berkenaan.
Hasil pemeriksaan perhilitan didapati haiwan berkenaan telah cedera di kaki terkena jerat di lokasi serangan. Terdapat juga kesan tetakan luka di beberapa bahagian badan haiwan berkenaan dipercayai ada pergelutan berlaku dengan mangsa semasa kejadian.
Semasa pengesanan di lokasi anggota perhilitan terserempak dengan seekor harimau kumbang yang cedera dan agresif menyerang anggota perhilitan.
Anggota PERHILITAN tidak ada pilihan selain menembak mati haiwan berkenaan.

Harimau kumbang memang di ketahui memiliki sifat pendendam luar biasa terutama jika mengalami kecederaan.

Pemeriksaan ke atas bangkai harimau kumbang ditemui kesan kecerderaan dan sepotong kabel jerat melekat di kakinya.
Ini mengesahkan harimau kumbang berkenaan bertindak agresif menyerang manusia berpunca dari angkara jerat yang mencederakan dirinya.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Angkara jerat menyebabkan Harimau kumbang mengamuk cederakan remaja orang asli Lasah Perak " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.