Tanda- tanda badan mengalami masalah tekanan darah rendah seperti pening, pengelihatan kabur, mual, pengsan dan berpeluh.

Ukuran tekanan darah di kategori sebagai rendah apabila bacaan dibawah paras 90/60 mmHg.
Tekanan darah rendah mengakibatkan kekurangan oksigen dan mineral serta vitamin dihantar kepada organ-organ badan.
Organ-organ sel badan, kelenjar hormon dalam keadaan tekanan darah rendah akan mengalami kegagalan dan boleh mengancam nyawa.
Punca berlakunya tekanan darah rendah antaranya
1. Kerana perubahan pergerakan terlalu cepat seperti berdiri dan duduk pada kadar cepat dan tidur dalam keadaan duduk. Biasanya akan merasa seperti berkunang-kunang, pening dan anggota sendi tiba-tiba lemah. Dalam keadaan biasa gejala ini akan hilang dalam beberapa minit.
2. Senaman agresif
3. Gangguan keatas kelenjar endokrin. Kelenjar ini bertanggungjawab menghasilkan pelbagai hormon badan
4. Jantung bermasaalah
Lemah jantung menyebabkan kuasa mengepam darah merosot. Pengaliran darah akan menurun.
5. Kesan ubat anti hipertensi, anti depresi dan diuretik
7. Badan kekurangan air atau dehidrasi.
Cara Menangani Darah Rendah
1.Pengambilan air putih sekurang-kurangnya 2 liter.
2. Pengambilan 2 calit garam bukit setiap 500ml air.
3. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Tekanan Darah Rendah perlu berwaspada " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.