Santan kelapa berkhasiat untuk tubuh badan

Sebut sahaja santan atau minyak kelapa ramai yang terlintas di fikiran ianya punca kolesterol tinggi dan mendatangkan masalah jantung.

 

Stigma bahawa santan mendatangkan mudharat adalah bersalahan dengan fakta penyelidikan sains yang membuktikan santan amat baik mengandungi banyak vitamin dan mineral asli bagus untuk badan.

 

Anggapan ramai bahawa santan kelapa menyumbang kepada lemak yang tidak baik untuk kesihatan adalah salah.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Hakikatnya, santan samada segar atau yang dikotak mengandungi banyak khasiat yang diperlukan tubuh badan.

Malah kita digalakkan untuk mengambil masakan yang mengandungi santan kelapa setiap hari.

 

A) Santan Kaya Fosforus

Fosforus bersama kalsium bertindak membina tulang yang sihat, kuat dan kukuh.

 

See also  Kasihan Santan jadi mangsa fitnah buruk puluhan tahun.

 

B) Khasiat Santan Untuk Penghidap Kencing Manis

 

Sistem badan akan menukar Asid laurik tinggi dalam santan kepada monolaurin.

 

Asid laurik berperanan sebagai bahan yang berfungsi sebagai antiviral dan antibakteria. Sekaligus menjadikan tubuh bebas daripada jangkitan dan virus.

 

Bahan itu boleh membantu menurunkan kolesterol LDL sekali gus memberi manfaat kepada penghidap diabetes.

 

C) Santan Kaya Antioksidan

Santan juga kaya dengan antioksidan yang mampu melindungi tubuh daripada gangguan radikal bebas serta melambatkan proses penuaan.

 

Selain itu, vitamin C dan zat besi dalam santan, masing-masing amat penting untuk meningkatkan sistem kekebalan serta menjaga fleksibiliti dan kekenyalan kulit serta pembuluh darah (baik untuk anemia dan darah tinggi).

See also  [VIDEO] Bahayanya ROTI PUTIH kepada kesihatan bukan sekadar tuduhan

 

Malah kandungan serat makanan terdapat dalam santan juga mampu membuatkan perut anda mudah kenyang dan bertahan lama. Ini sangat baik untuk mengawal berat badan.

 

D) Santan Sesuai Untuk Penghidap Hipertensi

Bagi penghidap penyakit hipertensi, pengambilan santan bersama air kelapa yang mengandungi potasium sangat baik dalam menstabilkan tekanan darah.

 

Khasiat zat zink dalam santan sangat baik untuk kesihatan kelenjar prostat dan membantu mengatasi kekejangan otot yang teruk.

 

Bagi melengkapkan nutrien, santan juga adalah suplemen multivitamin dan multimineral semula jadi mengandungi pelbagai vitamin iaitu E, B1, B3, B5, B6 serta mineral penting seperti folate, selenium, sodium dan kalium.

See also  4 Jenis Hormon mental dalam badan manusia yang perlu diambil peduli

 

Bagi mereka yang mempunyai alergi terhadap produk tenusu seperti susu lembu atau kambing, santan boleh menggantikan bahan tersebut. Ini kerana, santan tidak mengandungi laktosa. Ada juga yang membuat kopi dan memasukkan santan sebagai pengganti susu pekat.

 

Santan kelapa yang diminum mampu mengubati masalah muntah-muntah, batuk berdarah, busung, demam panas dan penawar racun.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Santan kelapa berkhasiat untuk tubuh badan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372169
Users Today : 784
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15481
Users Last 30 days : 64604
Users This Month : 61187
Users This Year : 372168
Total Users : 372169
Views Today : 1167
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 23193
Views Last 30 days : 99519
Views This Month : 94305
Views This Year : 573371
Total views : 573372
Who's Online : 18
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares