Hampir mustahil untuk mendapatkan sos cili bebas gula pasir dan MSG di pasaran.



Pilihan mudah ialah menyediakan sendiri sos cili untuk kegunaan harian yang bebas dari ancaman gula pasir dan MSG.
Cili sos tanpa gula
1)20 tangkai cili merah ( anggaran)
2) 5 tangkai cili api (pilihan)
3) 10 ulas bawang putih
4) 5 sudu besar stevia atau erythritol.
5) 3 sudu besar jus lemon/ cuka epal
6) 2 sudu kecil garam mengikut kesesuaian.
7) Santan kelapa secukup rasa
8) semangkuk minyak untuk menumis
Kisar semua bahan 1 -3, tumiskan dengan minyak sehingga cili kelihatan merah tua.
Masukkan gula stevia/ erythritol secukup rasa.
Tambah garam secukup rasa
Boleh tambah santan, serbuk ubi bitroot atau serbuk daun Kelor untuk mengkayakan sambal dengan anti inflamasi,anti oksidan dan vitamin vitamin penting.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Resepi mudah sos cili tanpa gula pasir dan tanpa perasa MSG " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.