Salah faham HDL, dan LDL Kolesterol Baik dan Kolesterol Jahat benarkah?

Apa Sebenarnya Kolesterol Itu?
Kolesterol adalah lemak yang beredar dalam darah kita. Tubuh memang memerlukan kolesterol untuk membina sel baru, menghasilkan hormon seperti hormon seks.
Sebenarnya tubuh memang memproduksi kolesterol. Selain dari sel-sel tubuh, hati juga menghasilkan sekitar 1 gram kolesterol setiap hari.
Tubuh juga mendapatkan kolesterol dari makanan yang kita seharian, terutama dari kuning telur, makanan laut, daging, organ dalaman haiwan, kekacang dan susu asli.
Kadar kolesterol dalam darah yang dianggap normal adalah tidak lebih dari 200 mg/dl.
Seperti minyak di air, kolesterol yang seperti lilin itu tidak larut dalam air. Untuk diangkut melalui darah , kolesterol digabungkan dulu dengan molekul lemak dan protein, dimana paket ini disebut sebagai lipoprotein, yang merupakan kenderaan mengangkut kolesterol keseluruh tubuh.
Apa Itu Lipoprotein & Apa Saja Kandungannya ?
Sebahagian besar kandungan lipoprotein ialah kolesterol dan trigliserida yang dibungkus oleh protein dan lemak pada bahagian luarnya.
Pengertian LDL
LDL bertugas mengangkut kolesterol tubuh ke dalam darah.
Kesimpulan dibuat LDL adalah kolesterol jahat adalah tidak tepat. Penimbunan lemak pada salur darah ialah kerana LDL melepaskan kolesterol ditempat berlaku kecerderaan dalam salur darah. Tujuannya untuk membaiki kerosakan berkenaan.
Kajian terkini mendapati glukosa dan gluten tinggi dalam darah punca angkara berlaku keradangan dan kecerderaan pada salur darah. Kolesterol diperlukan untuk menampal salur darah yang mengalami kecederaan.
Apabila banyak kecerderaan, maka banyak tampalan dibuat oleh kolestrol yang akhirnya menyempitkan salur darah.
Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi.
Dalam kes tertentu salur darah tersumbat menyebabkan berlakunya serangan strok.
Pengertian HDL
HDL pula kenderaan mengangkut lebihan kolestrol balik ke hati.
Kesimpulannya LDL dan HDL adalah kenderaan mengangkut kolesterol. Label sebagai kolesterol jahat dan baik tidak bertepatan dengan fungsi sebenarnya.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Salah faham HDL, dan LDL Kolesterol Baik dan Kolesterol Jahat benarkah? " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.