Berbuat baik kepada Kucing dan anjing elak ditimpa musibah

Tugas jadi manusia bukan sekadar isi tembolok sahaja.

Seolah-olah anjing dan kucing bukan komponen alam sekitar.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan



Spesis Masyarakat pentingkan tembolok sendiri bukan hanya dikawasan bandar malah telah merebak ke kawasan pinggiran dan kampung juga.


Masyarakat tembolok hidupnya mencari keseronokan dan kepuasan pastinya melupakan tanggungjawab kepada alam sekitar.

Khutbat Jumaat JAWI 17 Jun 2023 memperingatkan masyarakat supaya berubah sikap kembali kepada menjaga alam sekitar.



Sebut sahaja Alam Sekitar maka terlintas difikiran pokok pokok menghijau dengan bunga warna warni yang mengasyikkan.

See also  Lelaki dakwa diri kebal bisa maut dipatuk ular tedung

Promosi dimedia juga sedemikian. Hampir tiada langsung promosi yang menunjukkan keperluan menjaga haiwan seperti anjing dan kucing.

Seolah-olah anjing dan kucing bukan komponen alam sekitar.

Maka pihak berkuasa tempatan berduyun-duyun menanam pokok pokok hiasan dikawasan masing masing. Malah dijaga dan ada pokok yang diinsuranskan sebagai jaminan keselamatan sekiranya berlaku perkara tidak diingini.



Apa jadi dengan haiwan yang hidup dalam kawasan perbandaran? Apa kah mereka mendapat layanan sebagaimana dinikmati oleh pokok-pokok.

See also  Rayuan menyelamatkan anjing dari dibunuh oleh Majlis



Sungguh sedih apabila mazhab tembolok membodohkan akal. Kesannya kezaliman keatas haiwan anjing dan kucing berleluasa terutama dalam kawasan perbandaran.



Tiada langsung usaha untuk memberi kemudahan kepada haiwan haiwan ini. Apa yang diusahakan bukan memberi layanan baik tetapi haiwan-haiwan ini akan ditangkap dan dibunuh.

Haiwan-haiwan itu dihantar oleh Allah Azzawajalla sebagai komponen alam sekitar.
Dan manusia diberi tugas menjaga alam sekitar.

See also  [Video]Pentingkan rakaman video dari bantu Kucing di serang Anjing

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Berbuat baik kepada Kucing dan anjing elak ditimpa musibah " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Leave a Comment

0Shares