Hidup untuk ketawa riang merupakan satu tuntutan dan terapi tetapi elak melampaui batas.

Seperti ketandusan idea yang sangat kritikal, idea lawak rogol dijadikan bahan untuk ketawa samada dalam sketsa lawak di media perdana mahu pun media sosial.

Lebih menyedihkan apabila penulis skrip sesebuah adegan samada dal am novel mahupun drama seolah hilang pertimbangan dan hanya mementingkan keseronokan semata-mata dengan menghidangkan lawak lawak rogol kepada pembaca dam penonton.

Apabila anda ketawa se8lepas mendengar jenaka, badan anda mengeluarkan bahan kimia yang baik yang dipanggil endorfin. Ini membantu meredakan kesakitan atau inflamasi dan boleh juga meningkatkan mood.

Ia memang suatu perkara yang baik.

Namun apabila lawak ketawa dihasil dari hidangan menjijikan seperti perbuatan ROGOL, ia jelas merupakan pencabulan seksual yang disengajakan.

Rogol bukan bahan lawak, ia satu jenayah, menjelikkan dan perlu dibanteras oleh segenap lapisan masyarat.

Kelucuan mesti bermodalkan realiti semasa mendidik masyarakat secara simbolik sebagaimana dipaparkan dalam karya karya Tan Seri P.Ramlee.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Semakin tenat Lawak Rogol dijadikan bahan ketawa riang " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares