Masalah Rumah penduduk diatas tanah bukan milik perlu keperihatinan kerajaan negeri.

Perkara sebegini berlaku di negeri lain juga. Contohnya Kerajaan negari Pahang menangani permasalahan ini dengan memberi tanah lain lengkap dengan Hakmilik. Mungkin lokasinya agak jauh tetapi pokok permasalahan iaitu hak milik dapat diselesaikan.

Bukan semua rakyat mampu memiliki tanah atau membeli rumah untuk didiami adalah fakta realiti.

Ada yang membina tanah diatas rizab sungai, diatas tanah kerajaan dan terdapat juga membina rumah dengan kebenaran tuan tanah.

Ramai juga yang meneroka tanah kerajaan secara haram dengan harapan dapat geran hak milik.

Ada yang dipertimbangkan namun sebahagiannya gagal mendapat sebarang geran hak milik.

Kisah Terkini di Kampung Air Tenang, Tukang Sidin Pasir Salak ini merupakan contoh meneroka tanah kerajaan dengan menanam kelapa sawit. Namun setelah sekian lama hak pemilikan tidak diperolehi.

Dan khabarnya tanah berkenaan telah dipajak kepada pihak swasta.

Akibatnya Mohamad Anuar Arshad, 56, telah diusir dan rumahnya yang didiami 20 tahun telah dirobohkan.

Sewajarnya pihak kerajaan negeri Perak berkewajipan membantu dengan ihsan seperti memberi hak milik kepada rakyat yang memerlukan tempat tinggal dan tanah untuk menyara kehidupan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Keprihatinan ehsan kerajaan negeri boleh meringankan beban rakyat yang tidak ada hakmilik tanah " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares