Sebuah kedai makan di medan selera, Port Dickson tular menjual makanan dengan harga sembelih.


Bukan seorang dua, tetapi ramai mengadu menjadi mangsa harga ‘yahudi’ kedai tersebut.

Premis makanan berkenaan mengenakan caj sehingga RM5 untuk segelas teh o ais.


Ada juga pelanggan lain memberitahu, premis yang sama mengenakan harga sehingga RM27 untuk sepinggan nasi putih bersama sotong.

Seorang pengunjung meluahkan kekecewaannya di Facebook, kerana tidak sangka dia juga terkena dengan kedai harga yahudi.l berkenaan.

Kebetulan pegawai KPDNHEP sedang melakukan pemantauan harga telah menegur harga jedai berkenaan.


Pemilik kedai dengan angkuh menjawab mereka terpaksa mengeluarkan modal tinggi membeli bahan mentah.


Perangai peniaga makan memang dijangka begitu. Alasan bodoh sedemikian kerap kedengaran.

Turut dimuat naik ialah resit makanan yang diterima daripada kedai berkenaan yang antaranya tertera RM10 untuk dua gelas teh o ais dan RM6 untuk segelas milo ais.

Ada pasangan suami isteri warga emas dikenakan bayaran RM40 dengan hidangan 2 menu ringkas sahaja..

Sementara itu memetik laporan Sinar Harian, KPDNHEP Port Dickson telah pun mengenakan kompaun serta merta terhadap pemilik premis terbabit.


Tindakan kompaun dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " harga sembelih teh o ais RM5, kedai makan PD dikenakan kompaun " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares