Allahyarham Maarof Zakaria ialah Pemilik Bank Melayu pertama ketika Tanah Melayu berhadapan dengan rusuhan komunis dan ketegangan kaum di era paska tamatnya Perang Dunia Ke 2.

Beliau merupakan bapa kepada pelakon legenda Allahyarham Datuk Mustafa Maarof.

Ketika itu ekonomi orang melayu khususnya sangat dhaif, pergantungan kepada ceti yang begitu tinggi, Maarof Zakaria, tanpa banyak berlengah beliau berusaha sehabis daya menubuhkan Bank Kebangsaan Melayu di Jalan Klang Lama dengan menjual tanah tanah milik keluarga beliau untuk mendapatkan modal permulaan.



Maarof Zakaria sedar, kekuatan politik semata tidak cukup padu untuk membangunkan ekonomi bangsa Melayu tanpa dibantu dari segi modal perniagaan dan pelaburan kewangan.

Misi Maarof yang juga seorang peguam itu dikatakan telah mencetuskan saingan kepada dua buah bank ketika itu iaitu The Chartered Bank milik penjajah Inggeris dan Overseas Chinese Banking.

Kedua bank ini dikatakan mengamalkan dasar diskriminasi keatas orang melayu.

Maarof dilaporkan sering menerima ugutan dan ancaman daripada kongsi gelap yang mahukan beliau menutup Bank Kebangsaan Melayu.

Akhirnya, pada 4 Disember 1947, Maarof ditemui tidak bernyawa tergantung pada sebatang pokok di dalam hutan, Batu 13, Jalan Kuala Lumpur – Bentong.

Maarof dipercayai sedang menuju ke rumah ibunya di Seremban dengan memandu kereta bersendirian dari rumah beliau di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau menemui ajal dalam usia yang masih muda, iaitu 43 tahun.

Sehingga kini, dalang kes bunuh Maarof, motif dan sosok pembunuh upahan tidak dapat ditangkap.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Maarof Zakaria Pejuang Ekonomi Kebanggaan Melayu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares