TEMU ialah sejenis herba kesihatan. Ada beberapa jenis antaranya temu lawak,temu pauh,temu kunci dan temu hitam.

1)TEMU LAWAK ialah sangat biasa khususnya para penggemar jamu tradisional.Jamu adalah ramuan herba yang dibuat dari campuran herba yang lain,salah satunya adalah temulawak.Ia hampir menyerupai kunyit cuma rasa dan bau berbeza.

Kini temulawak banyak digunakan dalam perusahaan kosmetik dan jamu herba kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan penawar masalah sakit puan bagi wanita.
Antara khasiat Temu lawak:
# mengubati masalah percernaan.
# mengatasi mual dan muntah.
# menurunkan kolesterol dalam darah.

2)TEMU PAUH boleh juga dipanggil sebagai temu ulam dan temu mangga.Pokoknya sama seperti kunyit tapi daunnya tidak mempunyai bau yang kuat seperti daun kunyit dan warnanya kekuningan atau putih pucat.Biasanya temu pauh dijadikan ulam atau ditumbuk campur ke dalam sambal dan digoreng dengan sayur sebagai pembuka selera dan menambah selera makan.Ia juga boleh diparut atau dikisar untuk dijadikan jus yang dikatakan mengandungi bahan antikanser dan antibateria.
Antara khasiat Temu pauh:
#merawat kencing manis dan darah tinggi.
#mengurangkan stress dan awet muda.
#merawat ketegangan urat saraf

3)TEMU KUNCI ialah salah satu jenis temu seperti temulawak dan lengkuas.Bentuk temu kunci agak berbeza dengan pokok temu yang lain kerana ia tumbuh menegak ke bawah.Ia merupakan antara bahan herba popular yang digunakan sebagai jamu lepas bersalin.Temu kunci berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kecergasan badan.
Antara khasiat Temu kunci:
# Melancarkan haid
# mengubati keputihan, gatal dan bau tak sedap .
#membantu kesihatan usus.

4)TEMU HITAM adalah salah satu diantara keluarga Temu yang tidak kurang hebat dibandingkan dengan sepsis-sepsis sejenisnya.Temu hitam boleh dikenali sebagai temu ireng. Temu hitam kurang dikenali ramai.Namun dalam dunia perubatan tradisional,ia merupakan salah satu tanaman herba yang bernilai.


Antara khasiat temu hitam:
#mengatasi masalah angin dalam badan.
#menambahkan nafsu makan.
#meneutralkan racun.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Herba Temu ulam kesihatan yang dilupakan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares