Bermula di Piala Dunia 2018 di Rusia, FIFA membayar gaji pokok kepada setiap pengadil sebanyak RM313,600 (USD70,000). FIFA memperakukan jumlah berkenaan bahawa ia akan diteruskan untuk setiap kejohanan Piala Dunia yang akan datang.

Collina Ketua Pengadil FIFA


Pembantu pengadil juga menerima bayaran yang agak lumayan sekitar RM112,000 (USD25,000) untuk penglibatan mereka.

Jumlah yang diterima ini dikatakan sekurang-kurangnya tiga kali lebih tinggi daripada apa yang diterima untuk Liga Juara-Juara Eropah.

Tambahan lagi, pengadil dibayar RM13,440 bagi perlawanan peringkat kumpulan dan jika terlibat dalam peringkat kalah mati, jumlah ini bertambah kepada RM44,800.

Jumlah yang diberikan ini ditambah kepada gaji kontrak mereka.

Bagi pengadil yang mengadili semua perlawanan termasuk perlawanan akhir, mereka boleh menerima sehingga RM1,344,000 sepanjang Piala Dunia berlangsung.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Gaji Pengadil Piala Dunia cecah 1 juta " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares