Telur impot dari India sudah tiba

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dilaporkan telah memberi kebenaran mengimpot telur ayam dari India.

Fasa pertama telah selamat mendarat di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui laluan udara.

Difahamkan Kementerian telor impot ini sedang dalam proses percubaan untuk memastikan pematuhan pembekal semua piawaian yang ditetapkan.

Kementerian dalam satu kenyataan media telah membawa masuk telur ayam dari negara luar untuk menampung kekurangan bekalan telur yang sedang dihadapi negara sejak beberapa bulan yang lalu.

Pengujian juga dijalankan bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat, bersih, halal dan bebas dari segala penyakit di samping melindungi industri penternakan negara.

Kementerian bersetuju kebenaran sementara kemasukan telur ayam daripada sumber luar dan kebenaran ini akan dikaji semula apabila bekalan telur dalam negara kembali stabil.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Telur impot dari India sudah mendarat tampung kekurangan bekalan tempatan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares