Pembayaran STR Fasa 1

Tarikh pembayaran STR fasa 1 adalah seperti berikut

Ada Akaun – Bayaran mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.


Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.


Tiada Akaun (Pedalaman Sabah / Sarawak) – Penunaian pembayaran Fasa 1 di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.


Semakan Status STR

Status kelayakan pembayaran STR fasa 1 boleh disemak mulai 17 Januari 2023. Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.

Log Masuk MySTR

Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.

Pendaftaran MySTR

Klik MySTR dan pastikan No MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023.


Masukkan Maklumat Keselamatan.
Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan.


Pendaftaran berjaya.
Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk semakan kelayakan STR fasa 1 bagi penerima yang mempunyai rekod STR 2023.


Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.


Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tarikh Sumbangan Tunai Rahmah 2023 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares