Kajian mendapati Lebah betina akan ada mati selepas menyengat manusia. Lebah jantan tidak menyengat.


Lebah ialah agen pendebungaan yang berkesan.

Satu pertiga daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan didebungakan oleh lebah. Mereka mendebungakan banyak tumbuhan asli untuk makanan haiwan lain dan manusia.

Kajian mendapati manusia hanya mampu hidup untuk tempoh 4 tahun sahaja tanpa lebah. TANPA LEBAH MAKA TIADA PENGHASILAN MAKANAN. HENTIKAN MEMBUNUH LEBAH.

Lebah hendaklah diselamatkan bukan dibunuh. Adakan kerjasama dengan penyelamat lebah. Jaga alam sekitar bermakna menjaga semua kehidupan.

Lebah tidak seperti tebuan atau serangga penyengat , mereka adalah agen kesihatan manusia.

Pernahkah anda terfikir mengapa lebah membuat bunyi berdengung?

Mereka menghasilkan gelombang bunyi untuk memindakan debunga dari kelopak bunga ke badan mereka.

Deria bau yang menakjubkan, malah lebih baik daripada anjing penghidu.

Dalam beberapa kajian, lebah boleh dilatih untuk mengesan bahan letupan dan juga penyakit pada manusia. Ini pasti kuasa besar lebah.   


Satu sarang mempunyai sekitar 50,000 ekor lebah. Di dalam sarang, seluruh komuniti lebah bekerjasama. Setiap lebah sememangnya memahami kekuatan sarang adalah berdasarkan kerja bersama, bukan lebah individu.


Lebah madu memerlukan 55,000 jam penerbangan untuk membuat satu balang madu, dan salah satu perkara paling menarik tentang lebah madu ialah tarian mereka, yang dipanggil waggle. Mereka menari dalam angka lapan untuk memberitahu rakan sekerja mereka di mana untuk mencari makanan.

Manusia memilih cara kejam tanpa memikirkan kuasa besar lebah keatas kesihatan manusia.Ahli Sains menjangkakan manusia hanya mampu untuk tempoh 4 tahun tanpa lebah
(Visited 982 times, 3 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jangan dibunuh lebah dan Armada Lebah berperanan besar kepada kesihatan manusia " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares