1. Pendapatan isi rumah kurang RM2,500
-Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
2. Tambahan RM600
-Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.
3. e-Tunai Belia Rahmah
-Tidak dilupakan kepada dua juta orang belia berumur 18 hingga 20 tahun, kerajaan akan menawarkan kredit(bukan tunai) e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200
4. Sumbangan tunai kepada pesawah padi
-Sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim melibatkan 240,000 pesawah.
5. Sumbangan musim tengkujuh
-Kerajaan turut bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan. Ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh 320,000 pekebun kecil getah.
6. Elaun guru KAFA dinaikkan
-Kerajaan menaikkan elaun 35,000 guru KAFA sebanyak RM100 kepada RM1,100.
7. Sumbangan khas RM600
-Sumbangan khas RM600 juga diberikan kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir.
8. Subsidi pengangkutan udara di Sabah dan Sarawak
-Kerajaan menyediakan RM209 juta bagi mensubsidi pengangkutan udara untuk manfaat rakyat di Sabah dan Sarawak.
9. RM500 dicarumkan dalam KWSP
-Kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang RM10,000 dalam Akaun 1 mereka, kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 sebanyak RM500.
10. Elaun Turkiye
-Kerajaan bersetuju untuk memberi elaun khas RM100 sehari kepada semua ahli pasukan terbabit mencari misi menyelamat di Turkiye dan Syria.
11. Bantuan Aidilfitri untuk penjawat awam
-Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan.
12. Ujian Lesen Memandu Percuma
– Bayaran ujian lesen memandu motosikal B2, teksi, bas & ehailing akan ditanggung kerajaan
13-12. Pas My50
– Pas bulanan RM50 bagi penggunaan LRT, MRT & bas Rapid di Lembah Klang
13. Pengampunan Penalti
– Pengakuan sukarela cukai bermula 1 Jun 2023 – 31 Mei 2024 akan diberi pengampuan penalti
14. Pelepasan Muflis Kecil
– Individu diisytihar muflis bagi hutang bawah RM50,000 akan diberikan peluang kedua bebas muflis bermula 1 Mac 2023.

Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Belanjawan Madani 2023: Bantuan tunai dan subsidi untuk rakyat
" di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.