Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Tarikh Tutup 16 Mei 2023
Gred U41
Gaji minima : RM2,429.00
Gaji Maksima: RM9,656.00
PEMOHON HENDAKLAH MEMPUNYAI SYARAT KELAYAKAN SEPERTI BERIKUT:
(a) Warganegara Malaysia ;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan kosong;
c)
i- Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengimejan diagnostik dan radioterapi, pengimejan perubatan, radiografi, radioterapi atau bidang berkaitanyang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
a) Hanya permohonan yang disenarai/ditapis sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.
CARA MEMOHON
1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui LAMAN SESAWANG UniSZA.
2. Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urus setia ditalian:
i) 09-668 8946 – Puan Nur Asidani binti Abdu Kader
ii) 09-668 8176 – Puan Nik Nur Adina Syafiqah binti Nik Zakaria
Jika terdapat masalah teknikal semasa pengisian sila hubungi Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) di talian:
i) 09-668 8843 – Encik Mohd Lokman bin Hamid
ii) 09-668 8848 – Puan Sharifah Noorfadhila binti Syed Alwi
Tarikh permohonan adalah pada 11 Mei 2023 (Khamis) hingga 15 Mei 2023 (Isnin).

Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan JURU X-RAY UniSZA ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.