Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Majlis Perkhidmatan Rakyat Sabah

0
72

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


TARIKH TUTUP PERMOHONAN:14 MEI 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan, untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah seperti berikut:

Nama Jawatan:
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

Klasifikasi :Sistem Maklumat

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana

Taraf Jawatan: Kontrak 2 tahun

Bilangan Kekosongan: 1

Tempat Kekosongan: Kota Kinabalu

Jadual Gaji: qGred F29 RM1,493.00 -RM5,672.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3. mempunyai sijil dalam bidang teknologi maklumat, prosesan data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaj i Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau
4. diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaj i Permulaan pada Gred FA29 : RM1,855.00).
5. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.



Deskripsi Tugas :
1. Bertanggungjawab membangun program baharu untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengurus sistem sedia ada memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem, menganalisa data dan sistem dan memberikan latihan serta bantuanteknikal kepada pihak pengguna.

2. Merancang, memasang dan memantau perisian dan perkakasan untuk memenuhi keperluan teknologi maklumat keseluruhan. Menyelia keselamatan maklumat serta melaksanakan teknologi baharu mengikut keperluan.Bertanggungjawab melaksanakan program dan
aktiviti, menyediakan laporan serta penilaian program;

3. Bertanggungjawab melaksanakan program dan aktiviti, menyediakan laporan serta penilaian program.

4. Bertanggungjawab menyediakan bahan promosi, melaksanakan promosi program, menghasilkan videografi dan nota-nota taklimat
serta pameran.


Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web:

mpms.sabah.org.my/content/iklan-jawatan-kosong


Sila hantar borang permohonan jawatan ke:

admin@mpms.org.my
Untuk maklumat lanjut:
mpms.sabah.org.my

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian:
088 223 424 atau +6010 288 3424

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Majlis Perkhidmatan Rakyat Sabah ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.