Jawatan PEGAWAI PENERANGAN (COMBI/MyCHAMPION) Kementerian Kesihatan Malaysia

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Tarikh Akhir penyerahan borang
22 Mei 2023 (Isnin)

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MYSTEP TAHUN 2023
Cawangan Promosi Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Kementerian
Kesihatan Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan seperti berikut:

JAWATAN: PEGAWAI PENERANGAN (COMBI/MyCHAMPION) S41 PERSONEL MYSTEP

KEKOSONGAN: SATU (1)
GAJI

KEMUDAHAN: CUTI REHAT, CUTI SAKIT, CARUMAN KWSP DAN CARUMAN PERKESO

PENEMPATAN/TEMPAT BERTUGAS:
Cawangan Promosi Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Bangunan Persekutuan Jalan Anson,
Georgetown Pulau Pinang.



SKOP TUGASAN
. Membantu dalam penyelarasan program COMBI/MyCHAMPION
negeri dan mengemaskini data

• Membantu memperkasakan pemimpin COMBI/MyCHAMPION

. Membantu menyediakan laporan aktiviti COMBI/MyCHAMPION

. Membantu penyelarasan program COMBI/MyCHAMPION Negeri

. Mengadakan ‘engagement dengan komuniti dan kolaborasi dengan rakan strategik

Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa

SYARAT KELAYAKAN:
1. Berumur 18 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau kelayakan yang
setaraf dengannya.
3. Memiliki kemahiran dan pengalaman untuk mengendalikan aktiviti bersama komuniti.
4. Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi dengan baik, boleh bekerja dalam
kumpulan serta bersedia untuk bekerja di luar kawasan sekiranya diarahkan.
5. Berkebolehan untuk menghasilkan suntingan seperti poster/ infografik/ video serta mahir
menggunakan media sosial.
6. Mahir menggunakan komputer dan ‘Microsoft Office’
7. Calon yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran di dalam pengurusan pertubuhan /
persatuan adalah amat digalakkan untuk memohon.
8. Sihat tubuh badan dan mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) unggul, tidak merokok atau
vape, lengkap vaksinasi, berdikari, berdisiplin, cergas, ceria dan boleh menerima tugasan
dari semasa ke semasa mengikut keperluan atau arahan.


CARA MEMOHON:
Calon yang berkelayakan dan berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut
selewat-lewatnya pada 22 Mei 2023 (Isnin)

1. Resume yang lengkap berserta gambar terkini
2. Salinan sijil ijazah dan salinan sijil berkaitan
3. Salinan kad pengenalan

Sila emelkan permohonan kepada cpknjknpp@gmail.com

Iklan Asal
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Jawatan PEGAWAI PENERANGAN (COMBI/MyCHAMPION) Kementerian Kesihatan Malaysia ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top