Gaya semasa pembelian dalam talian memerlukan kaedah tertentu khususnya pembelian cincin.
Ukuran yang tepat membantu pihak penjual menghantar cincin dengan saiz yang sesuai dengan jari pembeli.
Berikut panduan ukur saiz cincin menggunakan kertas.
1. Sediakan kertas, gunting, dan pembaris.
2. Gunting kertas menjadi satu potongan panjang.
3. Lilitkan kertas pada jari yang dikehendaki. Tandakan pada tempat yang kertas bertemu apabila dililit.
4. Buka lilitan dari jari dan ukur panjangnya dalam unit mm.
5. Semak saiz cincin mengikut carta yang sama di bawah.
TIPS UKUR SAIZ CINCIN
1. Jari boleh mengembang dan menguncup. Untuk dapatkan saiz jari yang lebih tepat, ukurlah pada waktu siang ketika cuaca lebih panas.
2. Untuk dapatkan saiz yang betul, anda dinasihatkan untuk ulang ambil ukuran sebanyak 3 ke 4 kali dan dapatkan saiz purata.
3. Ukurlah saiz jari yang anda rasa selesa untuk dipakai cincin. Biasanya jari pada tangan dominan adalah lebih besar.
Jika ruas jari (knuckle) anda lebih besar daripada dasar jari, ambillah saiz ½ lebih besar. Ini untuk mengelakkan cincin tersangkut dekat ruas jari bila nak sarung nanti.
4. Saiz cincin juga berbeza mengikut jenis. Biasanya cincin belah rotan lebih besar ½ atau 1 saiz berbanding cincin bercorak keliling halus.
Apabila saiz telah diketahui, amat mudah untuk beli cincin ‘online’ dari rumah. Tiada lagi kerisauan tersilap saiz.
Untuk dapatkan saiz yang sesuai, pastikan anda mengambil ukuran beberapa kali dan ukurlah pada waktu siang, ketika itu jari anda sedikit ‘kembang’.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.