Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Kenapa tiada kepedulian Anak yatim piatu jadi pekerja cuci sekolah tidak ambil SPM
Anak perempuan ini yatim piatu tidak berkemampuan untuk menduduki peperiksaan SPM tular dalam Tiktok sejak keputusan SPM diumumkan pada 8 Jun 2023.



Ramai yang berkongsi suasana pilu anak ini. Sebagai remaja tentu sekali terkesan dengan melihat rakan sebaya masing masing memegang keputusan peperiksaan SPM ditangan sedangkan beliau dengan plastik sampah dan penyapu membersihkan kawasan sekolah.
Perkara seperti ini tidak wajar berlaku sekiranya pihak majikan dan sekolah mengambil inisiatif membantu remaja ini.
Sikap tidak mempedulikan keadaan sekeliling menyebabkan seorang rakyat Malaysia keciciran hak untuk mendapatkan pendidikan sewajarnya.
Saban hari kita dianjurkan supaya sentiasa perihatin kepada rakyat, demi rakyat namun tidak menjadi realiti.
Rakyat yang memerlukan pembelaan dibiar tanpa dibantu.
Apalah nasib.
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Remaja yatim piatu sekadar memandang rakan menerima keputusan SPM ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.