Proton S50 bakal gugat penguasaan Vios dan City?

This post has already been read 130 times!

Model Proton yang dikatakan S50 sedang dipandu uji

Proton mengesahkan proton kod SS11 sedan S50 bakal gugat kedudukan Vios dan City?

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong menyatakan bahawa syarikatnya kini sedang membangunkan sebuah model Proton sedan baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi.



Model yang dimaksudkan dengan kod dalaman SS11 mungkin merujuk kepada sedan segmen-B sebuah sedan mirip Geely Emgrand yang ditemui di atas jalan raya awam di Malaysia baru-baru ini.

Belum ada pengumuman rasmi dari Proton bahawa model ini akan diberi nama sebagai Proton S50.

Namun pemerhati industri otomotif menjangkakan SS11 ini dirujuk sebagai S50 selepas Proton mendaftarkan nama tersebut di di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 2019.



Kemungkinan besar enjin 1.5L Turbo yang kini sudahpun dipasang di Tanjung Malim akan menjadi enjin utama untuk model-model baru Proton yang akan dilancarkan pada 2023 dan 2024.

Model S50 mungkin dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) yang akan memberikan sistem bantuan pemanduan canggih memberikan fungsi bukan sahaja brek kecemasan automatik, malah sistem cruise control adaptif dengan bantuan kekal/pengelak keluar lorong.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Pinjaman Patuh Syariah Beli Motosikal Manifesto PRN Terengganu