PM dan Tesla bincang tingkatkan kerjasama pelaburan

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


PM Anwar Ibrahim bakal bertemu Elon Musk untuk bincang pelaburan Tesla di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa beliau bakal mengadakan pertemuan dengan CEO Tesla Elon Musk pada minggu depan.

Pertemuan tersebut adalah bagi merancakkan pelaburan Tesla di Malaysia.


Tesla mengesahkan bakal melancarkan jenamanya secara rasmi di Malaysia pada 20 Julai ini. Dijangkakan Tesla Malaysia akan memperkenal model pemanduan kanan iaitu Model 3 dan Model Y.


Antara syarat Kerajaan Malaysia ialah Tesla Malaysia perlu memasang sekurang-kurangnya 50 unit pengecas pantas DC dengan kuasa pengecasan minimum 180 kW, dan sekurang-kurangnya 30% (15 unit) daripada pengecas ini perlu terbuka untuk kegunaan umum, termasuk EV dari jenama lain.


Sehingga Jun 2023 Tesla Malaysia menerima lebih 6,000 pemohon pekerjaan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ PM dan Tesla bincang tingkatkan kerjasama pelaburan ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top