Vellfire wajah baru serba sporti.

This post has already been read 96 times!

Pasaran Malaysia menerima versi Vellfire dengan enjin 2.5L dan transmisi Super CVT-i dengan gear virtual tujuh kelajuan.


Vellfire baru ini lebih sporti datang dengan “Front Performance Brace” yang dikatakan dapat membantu penyampaian kuasa lebih cekap sambil memastikan pengendalian serta stabiliti yang mantap.



Antara kelengkapan standard yang dinyatakan terdapat pada kedua-dua MPV baru ini adalah termasuk lampu utama LED penuh dengan lampu penunjuk arah sequential, tempat duduk balutan kulit, kemasan kayu di dalam, bumbung panoramik penuh, lampu suasana 64 warna serta lampu membaca.



Di hadapan pemandu terdapat panel instrumen digital 12.3 inci serta head-up display, sementara perincian lain yang dapat membantu keselesaan penumpang adalah seperti tempat duduk yang mempunyai liang udara bersama fungsi penyejuk dan pemanas.

Susunan Executive Lounge yang datang dengan tetapan tempat duduk 2-2-3 menampilkan suasana selesa dengan fungsi mengurut pada tempat duduk kapten baris kedua.

Tersedia juga sistem Hybrid Long Slide yang membolehkan tempat duduk baris kedua dilungsur sehingga 480 mm.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   22 Jenama Kereta paling popular di Malaysia