Berapa Jauhkah Anda Boleh Memandu Dengan Lampu E Menyala?

This post has already been read 260 times!

Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa jauh kereta anda boleh pergi bila lampu amaran tangki minyak simpanan mula menyala?

Penting untuk anda mengetahui jarak anggaran yang boleh dipandu setelah lampu amaran ini mula menyala kerana jika anda tersalah anggaran, anda mungkin akan kehabisan minyak sebelum sempat mengisinya semula.


Jadi berbalik kepada persoalan berapa jauh jarak yang boleh dicapai sekiranya lampu amaran ini sudah menyala? Jawapan yang dicari sebenarnya ada pada buku manual kereta anda.

Lampu amaran tangki minyak simpanan akan mula menyala memberikan amaran apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 7.5 liter. Ia akan berkelip dengan kadar perlahan dan akan berkelip dengan lebih laju apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 6.0 liter.


Berikut nasihat dari Dato’ Ir Hj Mohamad b. Dalib Mantan Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ

1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60 km.

2. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud Enough.

3. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10 km.

3. Tambahan lagi 10 km jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten.

* Nota – Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Chery SUV baru Tansuo 06 akan memasuki pasaran antarabangsa sebagai Jaecoo J7