9 petua penting Penjagaan Kereta auto

This post has already been read 76 times!

Berikut 9 asas penjagaan kereta Auto yang diperakui.

1) Aktifkan suis dahulu (jangan hidupkan), pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah. Setiap step perlu berhenti 2 saat. Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit, jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas. Bergantung kepada suhu meter, pastikan meter suhu naik 25% sebelum memulakan perjalanan. Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakan karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan. Kebiasaanya pemandu akan menggunakan step “D” sahaja, manakala step-step lain jarang digunakan atau tak digunakan langsung. AWAS!!! Petua ini tidak sesuai dilakukan di kawasan berbukit, pastikan di tempat yang rata sahaja.

2) Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000km atau 6 bulan (yang mana dahulu). Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan TULIN dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda.

3) Elak menekan brek dan gear berada di kedudukan “D” semasa berhenti di lampu isyarat atau semasa kesesakan. Pastikan diletak di “N” sahaja. Jika anda mengamalkan budaya kereta dalam gear “D” dan tekan brek, ini boleh menyebabkan “clutch plate” cepat rosak. Kos pembaikan amat mahal sekali (bergantung kepada model kenderaan). Untuk model Wira pun boleh mencecah RM500++ keatas.

4) Mulakan pergerakan kereta dengan gear step “2” atau step kedua selepas “N”. Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500, baru tukar kembali kepada “D” atau satu step di bawah “N”. Ini dapat menjimatkan minyak kenderaan anda dan memberi lebih kuasa kepada kereta anda sewaktu hendak mula bergerak. Step “2” umpama anda bermula dengan gear “1” untuk kereta manual. Step “D” pula ibarat gear “2” atau “3” bagi kereta manual.

Baca Juga   Benarkah New Zealand  negara bebas ular

5) Elakan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja. Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear kenderaan anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO bercampur dengan air. Akhirnya menyebabkan “clutch plate” rosak.

6) Pastikan step-step gear rendah “2 atau L” sewaktu menaiki bukit. Jangan paksa kereta mendaki bukit menggunakan step “D”.

7) Gunakan gear “reversed” anda seminimum yang boleh. Penggunaan gear “reversed” yang kasar boleh menyebabkan kotak gear cepat rosak.

8) Fungsi“over drive” atau OD han Gunakan semasa hendak memotong kenderaan di hadapan anda dalam keadaan perlu sahaja.

9) Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat. Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah akan memberi kesan yang tidak baik kepada “timing belt” atau “timing chain”. Inilah salah satu sebab “timing belt” putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.