MINI Cooper Electric 2024 tampil hiasan dalam menawan ramai

This post has already been read 78 times!

MINI Cooper ELectric versi 2024 serba baru bakal dilancarkan secara rasmi 27 Julai 2023.

Namun MINI telah mendedahkan sebahagian dari penampilan baru kepada media.



Hiasan dalaman versi baru masih mengekalkan konsep klasik MINI.

Kemasan hasil dari gabungan rekaan retro dan moden, dengan yang paling menonjol adalah skrin 9.4inci skrin sesentuh berbentuk bulat di bahagian tengah papan pemuka.

Skrin sesentuh ini menyediakan akses kepada hampir semua fungsi kenderaan termasuk kawalan pendingin hawa.




Meter kelajuan dipaparkan pada bahagian tengah bulatan skrin .

Maklumat baki jarak gerak sebelum pengecasan semula dipapar.

Walaubagaimanapun, bagi memastikan pemandu tidak perlu kerap menoleh ke bahagian skrin tepi, MINI turut menyediakan panel paparan head-up display di hadapan pemandu.


Pada bahagian lain di kabin, terdapat balutan fabrik serta jalur LED pada papan pemuka, pemegang cawan, dua soket USB-C serta ruang simpanan lain.

Bahagian luar model baru ini sudah didedah, dengan menyaksikan rekaan yang masih mudah dikenali, tetapi perubahan besar adalah pada bahagian belakang yang mempunyai lampu LED berbentuk segi tiga dan disambungkan pada bahagian tengah dengan panel hitam.


Perincian teknikal yang didedahkan setakat ini cuma MINI Cooper Electric akan datang dalam dua varian iaitu E dan SE, dengan masing-masing menggunakan motor elektrik 180 hp/bateri 40.7 kWh dan 215 hp/54.2 kWh.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Kerajaan kutip RM34.2 juta, Bidaan nombor plat 'FF' tertinggi dalam sejarah