Harga petrol RON95 dan diesel bakal diselaraskan untuk meredakan tekanan kos sara hidup

This post has already been read 100 times!

Kerajaan dijangka akan melakukan pelarasan harga petrol RON95, diesel bagi menangani tekanan kos sara hidup sedang melanda negara.

Mengikut perunding kewangan MIDF Research Kerajaan dijangka mempertimbangkan pelarasan kearah mengurangkan harga bahan api terutamanya petrol RON 95 dan Diesel Euro 5 B10.

Harga semasa siling seliter bagi petrol RON 95 ialah RM2.05, manakala RM2.15 bagi diesel Euro 5 B10.

, menurut MIDF Research. “Jika kerajaan menurunkan harga RON95 sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter bulan depan, kadar inflasi utama Malaysia dijangka susut kepada 2.9% bagi 2023 memandangkan inflasi bukan makanan terus menyederhana kepada 1.3%, manakala inflasi pengangkutan akan menguncup sebanyak 1.7%,” kata MIDF Research seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Pengurangan 10 sen keatas harga bahan bakar utama akan merangsang penurunan kadar inflasi bulanan lebih rendah kepada 1.9% hujung tahun 2023.

Penyusutan nilai ringgit memberi kesan besar khususnya barang impot seperti makanan dan jentera.

Pada separuh pertama 2023, harga minyak mentah Brent berpurata pada USD79.20 setong, yang lebih rendah sedikit daripada anggaran kerajaan sebanyak USD80 setong.

Oleh itu amat bersesuaian kerajaan melakukan pelarasan untuk mendapat impak positif keatas perbelanjaan dalam negara.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   10 juta rakyat Malaysia B40 dan M40 layak e-tunai RM100