This post has already been read 299 times!
Pasaran EV di Malaysia diserikan dengan ketibaan BYD Dolphin, sebuah EV yang berharga dari RM99,900 di Malaysia.
Ia menambah pilihan buat pengguna di Malaysia yang mahu memiliki EV termurah, selain Neta V dalam julat harga yang serupa.
Hadiah menarik untuk 800 pembeli terawal berupa kredit pengecasan bernilai RM1,300 yang boleh dipilih antara ChargEV oleh Yinson Green Tech, atau Gentari oleh Petronas.
Penghantaran tempatan pertama BYD Dolphonoe kepada pelanggan bermula bulan Ogos 2023.
Spesifikasi dan harga BYD Dolphin Di Malaysia, terdapat dua varian BYD Dolphin dijual iaitu Dynamic Standard dan Premium Extended.
Varian Dynamic Standard memiliki tanda harga RM99,900 dan datang dengan motor elektrik tunggal yang menghasilkan kuasa 70kW (95hp) dan tork 180Nm. Jarak kembaranya sehingga 340km (WLTP) menggunakan bateri 44.9kWh, dengan pecutan 0-100km/j dalam masa 12.3 saat.
Varian Premium Extended berharga RM124,900 juga menggunakan motor elektrik tunggal tetapi lebih hebat, menghasilkan kuasa 150kW (204hp) dan tork 310Nm. Ini membolehkan ia memecut dari 0-100km/j dalam masa 7 saat sahaja. Bateri padanya lebih besar, 60.48kWh dan mampu berjalan sehingga 427km (WLTP).
Kedua-dua varian BYD Dolphin menyokong pengecasan AC 7kW, tetapi berbeza untuk pengecasan DC.
Varian Dynamic Standard menyokong pengecasan DC sehingga 60kW manakala varian Premium Extended berupaya menerima pengecasan DC sehingga 80kW.
Dianggarkan harga atas jalan termasuk pendaftaran JPJ untuk Dynamic Standard meningkat kepada RM100,530 dan Premium Extended pula kepada RM125,730. Kedua-dua harga tanpa insurans. Mekanisma insurans masih belum jelas masa ini
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.