Radar RD6, trak pikap elektrik keluaran Geely akan dijual di rantau ASEAN bermula dengan pasaran Thailand.
Geely kini sedang mempertimbangkan untuk memasarkan trak pikap elektrik penuh dari jenama Radar RD6 miliknya.
Radar RD6 dilancarkan di China pada November 2022, dijual pada harga bermula 178,800 yuan (RM116k) sehingga 268,800 yuan (RM174k), dan diberikan waranti selama 4 tahun atau 100,000 km.
Trak pikap ini dibangunkan berasaskan platform modular untuk kenderaan elektrik terbaharu dari Geely iaitu Sustainable Experience Architecture (SEA).
Ia dihasilkan dengan dimensi 5,260 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,830 mm tinggi serta jarak roda sejauh 3,120 mm.
Trak pikap EV ini sebenarnya mempunyai saiz yang hampir sama dengan Toyota Hilux.
RD6 pacua motor tunggal belakang berkuasa 272 hp (200 kW).
Walaupun hanya diberikan sebuah motor elektrik, ia sudah cukup untuk memberikan pecutan 0-100 km sekitar 6 saat pada trak pikap ini.
Motor berkenaan disuap dengan kuasa elektrik yang dibekalkan dari bateri LFP 63 kWj untuk varian asas, memberikan jarak gerak 400 km.
Bateri LFP (lithium iron phosphate) mempunyai jangka hayat yang lebih lama daripada jenis bateri litium-ion lain kerana kadar degradasinya yang rendah. Bermaksud ia boleh dicas dengan cepat tanpa kerosakan bateri yang ketara, oleh itu membawa kepada jangka hayat yang lebih lama.
Varian pertengahan menerima bateri NMC 86 kWj untuk jarak gerak 550 km.
Bateri nikel-mangan-kobalt (NMC) ialah memberi jarak perjalanan yang lebih jauh serta kepantasan pengecasan berbanding LFP.
Varian paling mahal diberikan bateri NMC 100 kWj untuk jarak gerak 632 km.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.