Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan ‘ayam tebuk’ dijual di sebuah pasar raya Bukit Changgang, Banting tidak mempunyai sijil halal yang sah.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pengesahan itu diperoleh menerusi tindakan Penguatkuasaan Halal JAIS bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang memeriksa premis berkenaan pada 28 Julai 2023.

“Hasil pemeriksaan mendapati, premis terbabit didapati bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

“Premis juga didapati melakukan penyalahgunaan Logo Halal Malaysia kerana mempamerkan Logo Halal tanpa memiliki SPHM yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada