Pentingnya memahami Air mineral dan air RO

This post has already been read 170 times!

Istilah RO atau air bertapis yang menjadi bahan promosi jualan peniaga alat penapis air.


Air RO WaterRO dihasilkan melalui kaedah menggunakan penapis. Apabila air paip biasa masuk ke dalam penapis  membran separa telap  yang membolehkan beberapa zarah terpilih melaluinya.



Hasilnya bahan seperti arsenik, klorin akan  disekat di penapis. Kaedah ini dikenali proses osmosis menyongsang.

Air yang dihasilkan dipanggil air  Osmosis Menyongsang atau  Reverse Osmosis.



Air Mineral pula merujuk kepada proses menambah bahan mineral dalam air yang telah dibersihkan melalui proses osmosis.

Proses osmosis juga menapis bahan mineral. Maka penting untuk memperkayakan semula air berkenaan dengan bahan mineral.

Caranya mengalirkan air hasil osmosis kedalam sistem batu batu mineral. Dengan cara ini air osmosis diperkayakan semula dengan bahan mineral berguna.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Cerita Perang Yaman penuh liku