Ukuran kepedasan dicipta oleh ahli farmasi Amerika Wilbur Scoville pada tahun 1912, unit Scoville memudahkan orang ramai mendapat maklumat tahap kepedasan cili atau lada tertentu.

Juara cili yang terpedas didunia ialah Carolina Reaper dengan ukuran kepedasan 2.2 million skala Scoville. Carolina reaper telah diiktiraf oleh Rekod Dunia Guiness sebagai cili terpedas sejak tahun 2013.

Pemilik syarikat PuckerButt Pepper Ed Currie adalah seorang peladang yang telah membuat kacukan baka Ghost Pepper dan Habanero Red Savina.

Hasilnya dinamakan Carolina Reaper dengan tahap kepedasan sebanyak 400 kali ganda melebihi jalapeno. Carolina Reaper kekal diiktiraf sebagai cili terpedas dunia sehingga sekarang.

Pasaraya Tesco di United Kingdom pernah dikecam kerana menjual Carolina Reaper. Ini kerana ia dikhuatiri akan mengakibatkan kesan merbahaya kepada pengguna.

Lada ini tidak boleh dipegang tanpa memakai sarung tangan kerana akan menyebabkan iritasi pada kulit. Selain ianya tidak boleh dimakan mentah.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn